Mesyuarat kolaborasi dengan industri ME CASA Interior
Mesyuarat Kolaborasi dengan industri ME CASA Interior telah diadakan pada 18 Julai 2023 bertempat di KKKL. Agenda utama mesyuarat kolaborasi ini adalah membincangkan kerjasama strategik di antara kedua belah pihak dan menjemput ME CASA untuk menandatangani COC dengan KKKL. Selain itu, perbincangan turut berkisar tentang penjenamaan semula program dan penambahbaikan dalam kurikulum program SRP. Puan Maiza bt Eliayas juga dipelawa untuk menjadi Jawatankuasa Penasihat Industri.
 |
Mesyuarat Kolaborasi dengan industri ME CASA Interior |
Mesyuarat kolaborasi dengan Furniture Industry Technology Center (Fitec)
Mesyuarat kolaborasi dengan Furniture Industry Technology Center (Fitec) telah diadakan pada 20 Julai 2023. Di antara isi kandungan pertemuan ini adalah kerjasama dua hala yang akan dilaksanakan, penjenamaan semula program SRP serta penambahbaikan dalam kurikulum. Diharapkan kerjasama ini akan membawa kebaikan pada masa akan datang. Pihak Fitec telah dipelawa untuk menandatangani COC dengan KKKL pada bulan September 2023.
 |
Lawatan ke Fitec
|
 |
Sesi Perbincangan dengan Fitec
|
No comments:
Post a Comment