Program Alam Bina Tahun 2023 (ProAIBi 2023)
ProAIBi 2023 telah diadakan pada 20 – 21 Jun 2023, di Dewan Bandaran Teluk Intan anjuran JPPKK dan Kolej Komuniti Teluk Intan. Salah satu pengisian dalam ProAIBi 2023 ini adalah pertandingan produk untuk mendorong pelajar menghasilkan inovasi yang kreatif, mendidik pelajar untuk memberikan solusi yang berkesan kepada masalah yang timbul serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pelajar SRP 2 iaitu Izzat Danish bin Sharul Nizam & Muhammad Eizhan Amir bin Md Sabri di bawah seliaan En Mazliarpudin telah membentangkan produk inovasi mereka dan memperoleh Silver Medal.
 |
ProAlbi 2023
|
TVET Digital Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti
Pada 11 Ogos 2023 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran TVET Digital Polycc Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Setinggi-tinggi tahniah kepada team SRP yang telah menerima ANUGERAH KHAS TVET Digital Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti.
 |
ANUGERAH KHAS TVET Digital Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti. |
Maker Market KKKL Cabin GalleryTahniah diucapkan kepada team SRP yang terlibat dalam menyiapkan Kontena Maker Market Kolej Komuniti Kuala Langat. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada 26 September 2023 yang lalu.
 |
Maker Market KKKL Cabin Gallery
|
Innocomp 2023
Pertandingan Rekacipta Eco Friendly Product @InnoComp 2023 telah berlangsung pada 16 Mei bertempat di Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat. Porgram SRP telah menghantar dua kumpulan untuk bertanding. Kumpulan Vakum Jatrod telah memenangi tempat ketiga.
 |
Pertandingan Rekacipta Eco Friendly Product @InnoComp 2023 |
Cosplay 2023
Tiga orang pelajar SRP telah memberikan komitmen mereka di dalam Cosplay 2023. Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kerana berani mencuba. Semoga menjadi graduan holistik seperti yang diinginkan kelak.
 |
Cosplay 2023 |
No comments:
Post a Comment