Lawatan Akademik



LAWATAN AKADEMIK

Pameran Malaysian Wood Expo 2023

Pada 19 Jun 2023, seramai 4 orang pensyarah dan seorang pelajar SRP telah memenuhi undangan pihak Malaysian Timber Council (MTC) untuk turut serta di dalam Malaysian Wood Expo 2023 (MWE 2023) di MITEC Kuala Lumpur. Ekspo ini memberikan pendedahan tentang industri yang terlibat dalam perkayuan dan perabot serta pelbagai mesin automated yang bertenologi tinggi. Untuk terus berkembang, industri amat memerlukan teknologi terkini untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia terutamanya pekerja asing yang diimport. Justeru itu, program SRP juga perlu bersedia untuk memasukkan teknologi terkini ke dalam kurikulum.

keyword gambar

Wood Industry Skill Development Center (Wisdec)

Lawatan ini telah dilaksanakan pada 24/10/2023 ke kompleks Perabot, WISDEC Olak Lempit. Dua orang pensyarah pengiring dan pelajar SRP semester 1 dan 3 telah menyertai aktiviti ini. Pegawai WISDEC telah menunjukcara pengendalian mesin dan alatan kerja kayu mengikut prosedur. Pelajar diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan bengkel dan mengutamakan keselamatan ketika berada di dalam bengkel.

keyword

Tunjukcara pengendalian mesin kerja kayu

keyword

Lawatan ke Wood Industry Skills Development Center (Wisdec)

keyword

Potensi Kayu

Lawatan ke Hutan Paya Bakau, Kg Sijangkang

Lawatan ke Hutan Paya Bakau ini diadakan pada 8 November 2023 bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan alam sekitar, mendedahkan kepada pelajar mengenai peranan Hutan Paya Bakau dalam mengekalkan ekosistem, serta potensi kayu bakau bagi kegunaan domestik dan industri perabot.

Aktiviti luar ini juga diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar di samping menyegarkan minda dan fizikal.

related post

No comments:

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *