Simposium Perabot Hijau Kebangsaan



Simposium Perabot Hijau kebangsaan

Telah dianjurkan oleh Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) pada 22 November 2023 di Hotel Everly, Putrajaya dengan tema “Melestarikan Industri ke Arah Ekonomi Kitaran”

Intipati simposium ini adalah menggalakkan pengusaha perabot khususnya supaya dapat menghasilkan lebih banyak perabot lestari iaitu

  • mengurangkan pergantungan kayu sebagai bahan utama,
  • memaksimakan penggunaan kayu,
  • menggunakan bahan alternatif kayu seperti Wood Plastic Composite (WPC),
  • dan Oil Palm Trunk (OPT).
keyword

Ini kerana penebangan hutan merupakan salah satu penyumbang kepada pemanasan global, serta menyebabkan pelbagai sepsis flora dan fauna akan kehilangan habitat utama. Jangkamasa panjang akan menjejaskan rantaian makanan, kitar tenaga komponen biotik dan abiotik serta keseimbangan ekologi. Contohnya kepupusan haiwan seperti gajah, harimau dan orang utan manakala kepupusan fauna seperti merbau. Walaupun pembalakan antara industri yang mendatangkan pendapatan kepada negara namun jika dibiarkan berterusan tanpa langkah pemuliharaan, ia mampu mendatangkan bencana pada masa akan datang. Aktiviti tanam semula kawasan pembalakan adalah perlu bagi melestarikan alam semula jadi sebagai tatapan generasi akan datang. Justeru itu, pelajar perlu didik dan diberi pendedahan tentang isu kelastarian ini.

related post

No comments:

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *